![]() | |
PENDERITAAN YANG DIALAMI OLEH ABU HURAIRAH |
PENDERITAAN YANG DIALAMI OLEH ABU HURAIRAH
Pada suatu hari
Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang
cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah,
dia membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku
semasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang
menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderita
kelaparan."
Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari.
Kadang-kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh
pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.
Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati
dengan meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa
Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya,
keadaan hidupnya agak mewah sedikit.
Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan
sembahyang-sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan
biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir. Di rumahnya sentiasa
terdapat orang yang sibuk bersembahyang.