GUNUNG MENANGIS TAKUT
TERGOLONG BATU API NERAKA
Ketika Uqa'il bin Abi
Thalib berjalan bersama dengan Rasasulullah S.A.W. di saat waktu itu Uqa'il
menyaksikan sebuah peristiwa yang ajaib sehingga membuat hatinya tetap
bertambah kuat dan berpegang teguh pada agama Islam di sebabkan 3 kejadian aneh
di luar batas kemampuan manusia dalam melakukan hal tersebut yang sudah dialami
Uqa'il bin Abi Thalib bersama Rasasulullah S.A.W .
Kejadian pertama
adalah,
bahawa Rasulullah S.A.W berkeinginan mebuang air besar sedangkan di hadapannya terdapat
beberapa batang pohon.
Maka Rasulullah S.A.W
memerintah Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon
itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu
semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana
sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi
mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata
pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar
baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon
itu.
Peristiwa kedua
adalah,
bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak
ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai
Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan,
"Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah
mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan
baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan
fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T
menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah
dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia
dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu
maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga
ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor
unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata,
"Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum
selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab
kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan
membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung
itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta
itu ?"
Jawab orang kampungan itu,
"Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi
dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan
kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)."
Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai
Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi
aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia
termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau
sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu,
maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah
menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad
S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan
meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu
kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.