KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA |
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya
empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang
sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa
diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan
Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa
barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali
barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu,
"Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja.
Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada
saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan
beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga
barang ini paling murah lima
ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu
pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba
dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah
saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut
kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?"
Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga
empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia
dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang
kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti
memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi
peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan
peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang
halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada
penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya
Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan
sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari
kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam
Nasa'i)