KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS |
Dia (iblis) lupa akibat urusannya.
Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata,
"Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik
daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada
tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang
maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis
memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana
bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya
malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat
kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai
sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur,
tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari
para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak
pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan
mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi
hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti
daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala
itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan
wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya
seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut
terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya
dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak
akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya
sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada
sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu,
banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga
pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya
iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab,
"Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud,
"Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun
berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan
Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud,
"Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi
adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah
lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan
seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka
adalah rumahmu, engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan
kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki,
ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang
naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada
harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam
haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan
menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang
dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara
syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza,
menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata
pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah
mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud
: "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara
engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang
berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."