KISAH PARA WALI "IMAN JA'AFAR AL-SADIQ" |
Ja'afar berkata, "Jika tuan rida,
kurniakan kepada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu
dengan tuan lagi kerana itu mengganggu ibadatku," khalifah bersetuju.
Seorang bertanya, "Siapakah yang lebih baik di antara kedua orang ini:
orang kaya yang bersyukur ke hadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau
orang fakir yang rida?"
Ja'afar menjawab, "Orang fakir
yang rida itulah yang lebih baik, kerana orang kaya itu sentiasa ingatkan harta
bendanya tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji
orang-orang yang bertaubat dan memasuki Islam dan menganggap mereka lebih baik
dari ahli ibadat. Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia."
Mutiara dari Ja'afar al-Sadiq:
- Di hari pembicaraan kelak anda bukan ditanya tentang harta benda atau pengkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi adalah tentang amalan keruhanian yang telah anda lalui dan ibadat yang anda lakukan.
- Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.
- Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.
- Orang yang bertaubat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi Allah.
- Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.
- Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya ke hadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga; tetapi orang yang bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di neraka.