KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA' |
Qadhi menjawab, "Datanglah
selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin
itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak
menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar.
Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu,
ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah
si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari,
ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan
dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari
apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata
si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya
orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan
hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa
hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya
memerlukan sepuluh keping roti, lima
ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta
sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan
gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam
tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata
suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam
di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat
dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang
berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan
yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua
bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si
peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,
iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian,
"Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua
buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan
tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin
yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu
kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah
wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat
diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu
kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu
membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui
kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.