KUBURAN BERBICARA |
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka
jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi
Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak
Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka
Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah
kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa
ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka
yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang
yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan
seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak
selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
- Hendaklah ia menjaga solatnya
- Hendaklah dia bersedekah
- Hendaklah dia membaca al-Qur'an
- Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk
sana cucuk
sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,
"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa
kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam
siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang
bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah
orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya,
kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan
sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat
menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir
dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara
kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang
akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang
itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia
rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga
seterusnya.