Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud,
tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin
Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan
ikut perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali.
Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin
Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu.
Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan.
Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu
kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya."
Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan
Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian,
hatinay sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini
dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui
Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang
bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut
dibawanya.
Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat
gembira., tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang
ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk
menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang
hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali
pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju
sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya
orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka
kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam
keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan
memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."
Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai
pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun
bersabda,, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan
kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di
luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui
hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang
yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap
Allah."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu
Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku
beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian
indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat
yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang
hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia
menjadi Muslim, lalu maju ke medan
perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat
syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di
medan perang.
Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W
menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.