ANTARA SABAR DAN MENGELUH |
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik
dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau
dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia
bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu
oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang
menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu
?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku
sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang
sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk
membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih
kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher
adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut
keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu
ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku
letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju
ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air
panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar
kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh
pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di
antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu
menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat
membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir,
maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya
tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat
dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus
dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap
terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda
dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh
agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan
Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah
akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam
Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam
menghadapi segala musibah.