KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W |
"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang
lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai
itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan
kepada sahabat yang memujinya tadi.
"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah
S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki
itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya,
tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau
masih memintanya ?" sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah
S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya
gunakan untuk kain kafanku."