RAHASIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG |
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku
berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin
itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu
membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa
yang dilakukan
3. tidak
tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari /
mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat
berbangga
6. tinggalkan sifat
khianat dan menipu
7. meninggalkan
sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke
masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan
penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku
bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya,
kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama
30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.