![]() | |
KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN |
![]() |
KEKAYAAN DAN AMAL PERBUATAN 02 |
SAUDARA MAHRAM, KEKAYAAN DAN AMAL PERBUJATAN
Kata Kumail,
"Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah
mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya
ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini !
Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana
?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan,
anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan
telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya
Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan
sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah
matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan
segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas
memasukinya."
Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui
perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa
seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya
kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan
bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda
dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang ke
kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda
dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal
bersama-samanya hanyalah amalannya sahaja."
Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para
sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu,
kekayaan dan amal perbuatanmu ?"
Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda.
Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan
seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir
hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi
lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan
yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan
memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu.
Kalau engkau mati,
aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke
perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum
kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua.
Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama
engkau masih bernyawa. Sebaik-baik sahaja engkau meninggal, aku akan pergi
kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya.
Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab,
"Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan
bersama-sama kamu ke tempat itu.
Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku
akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah
kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi
pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang
saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."