MINUM ARAK PUNCAK SEGALA KEJAHATAN |
Dulu
hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah
Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang
wanita cantik.
Kerana
sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara
tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan
ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua
pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih
minum khamr.
Tetapi
apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua
kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai
pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana
itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala
kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu
dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk
mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai
akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."