KESABARAN SEORANG PEREMPUAN YANG DI RASUK |
Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui
Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika
engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak
tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih
segar."
Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka
baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini
dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia
sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi
dan sahabat.