RIYAK MEMUSNAHKAN PAHALA |
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya
Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik,
ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak
dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan
para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para
malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari
dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit
ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit
berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan
pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan
tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap
amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah
(membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli
fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di
kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum.
Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati
saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal
orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka
semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah
dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh
dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga)
pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui
hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat
para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."