KISAH ASAL USUL BEKAS TELAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S
![]() | |
BEKAS TELAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S |
Sejarah maupun asal mula
telapak kaki ibrahim, berawal dari perjuangan beliau dalam membangun kaabah
atas perintah Allah bagi nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail, ia membantu ayahnya
Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun
mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang
harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang
mengatakan bahwa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh
Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan
sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi
mengatakan bahwa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar seperti
mana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar
melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulai pembinaannya semula
kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail memulai pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara
Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah
S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama
anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil
keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal
kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah
al-Baqarah ayat 127).
Apabila bangunannya sudah
meninggi, Nabi Ismail, memberi batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh
Nabi Ibrahim dan membangun Baitullah sehingga ia siap pembangunannya. Maka
dengan kehendak Allah S.W.T sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di
batu besar itu, maka terbentuklah tapak kaki Nabi Ibrahim seperti mana dapat
kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda
kebesaran Allah S.W.T.
Apabila agama Islam datang,
Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang makam Ibrahim seperti
mana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim
itu tempat sembahyang." (surah al-Bakarah ayat 125).
Yang dikatakan makam Nabi
Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi
Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan
Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada
umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
"Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, niscaya mereka
akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkendaraan
berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk
rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).
Setelah itu Nabi Ibrahim
naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan
baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian
manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh
itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."
Nabi Ibrahim menyeru ke
kanan dan ke kiri seolah-olah orang yang sedang melakukan azan. Allah S.W.T
menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam
bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji,
kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.
Bacaan talbiah antara
lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk
menunaikan panggilan-Mu ya Allah.
Menunaikan haji adalah salah
satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah
mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka
dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang
melakukan maksiat lebih buruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu,
hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya
menunaikan haji.
Kalau kita menunaikan haji
tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita
lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah
satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam
maksiat.
Bagi mereka yang mendapat
kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang
dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim
yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang
berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima
oleh Allah S.W.T.