KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD |
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu
selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi
untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah
engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi
manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu
bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang
mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik
itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
"Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang
tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi
Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang
pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium
Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu,
yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu
putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah,
ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan
seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai
saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang
ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan
kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila
beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau
hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu,
sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."