KISAH NAFSU YANG INGKAR PADA PERINTAH ALLAH S.W.T |
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau
adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan
lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai
akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman
kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu
tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi
yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim
selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu'
selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan
berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab
itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa
nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu,
jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka
kita akan menjadi musnah.