KISAH PENDETA YANG INSAF |
Bila dia melihat aku dia pun berkata,
"Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Ibrahim segera menjawab, "Ya,
tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu."
Maka berjalanlah Ibrahim bersama
dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu
menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku
memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah
aku sesuatu makanan yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas
Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku,
Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru
engkau ini."
Belum pun habis Ibrahim berdoa,
tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air
minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan
seronok sekali.
"Sesudah itu aku pun meneruskan
perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi,
aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari
sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba
turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu."
Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala
aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi
kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau
memberitahukan (hal ini) kepadaku."
Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim,
tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan)
engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah
membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah
dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku.
Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan
seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."
"Maka sucitalah aku setelah
mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga
sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal
dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan
olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia
sedang bersembahyang di sisi Kaabah."
Setelah selesai rahib itu
bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah
hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan
persausaraanku denganmu."
Sebaik sahaja dia berkata begitu,
tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah.
Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas
pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan
pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang
begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah."
Melihatkan itu, Ibrahim pun terus
bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah
dilakukan oleh Allah terhadap engkau?"
Dia menjawab, "Aku berjumpa
dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua
itu kerana aku bersangka baik (zanku) kepada-Nya dan Dia menjadikan aku
seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di
akhirat."
Begitulah persahabatan di antara dua
orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan
memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat
keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan
mengalami ajaran-ajarannya."