SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA |
"Wahai
ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk
memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan
untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di
sini, wahai ayahku."
Khaitsamah
marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati
perintahku."
Saad
menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk
berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku,
sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang
Allah dan Rasulullah."
Maka
Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang
berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk
berangkat."
Saad
menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku
akan mendahulukanmu."
Khaitsamah
tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih
adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun
turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah
itu Khaitsamah berangkat menuju medan
pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah
akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, "
Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia
yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu
berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah
menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya
di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah
diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa
dengan anaknya di syurga.