KISAH WALI ALLAH & SOLAT DI ATAS AIR
![]() |
KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR 01 |
Sebuah
peristiwa yang terjadi di luar akal manusia, kisah salah satu wali Allah yang
melakukan kegiatan solat di atas air se-izin Nya. Ada pun kejadiannya, berawal
dari kapal yang ber-muatan 200 penumpang termasuk juga saudagar kaya.
Ketika
kapal sudah berada di tengah lautan maka datanglah petir dari atas langit
dengan ombak yang kuat, sehingga membuat kapal itu terombang-ambing dan hampir
tenggelam.
Berbagai usaha dibuat untuk menghindarkan kapal itu diterpa oleh
ombak yang kuat dan deras, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua
orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan
terjadi pada kapal dan diri mereka.
![]() |
KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR 02 |
Ketika
semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun
tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T.
Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang teronbang-ambing dan
berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa
orang saudagar kaya yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang
berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami.
Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang
memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian
lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa
hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Saudagar kaya itu
berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang
kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali
itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para
penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali
Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua
mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian
mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami
asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali
Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca
Bismillah."
Dengan
membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan
meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak
berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu
pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah
kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para
penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil
melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah
seorang daripada saudagar kaya itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali
Allah?"
Wali
Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga
itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang
tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang
jutawan Mesir."
WaliAllah
berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu
betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Saudagar
kaya itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah
wali itu mendengar pengakuan dari saudagar kaya itu, maka dia pun mengerjakan
solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar
kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak
berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung
di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada
yang kurang.
Setelah
itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke
tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, saudagar kaya yang berjanji
dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membagi-bagikan harta
kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang
tertinggal. Wallahu a'alam bil sawab.