99 Asmaul-Husna (Nama
Allah)
99 Asmaul-Husna (Nama Allah) |
Asmaul-Husna/Nama-Nama Allah yang tertera dalam Al-Qur'an berjumlah 99 yang harus di ketahui oleh Umat Muslim, nama-nama Allah/Asmaul-Husna tersebut memiliki makna tersendiri yang di miliki oleh Allah sendiri, tidak ada satu pun yang menyerupainya, maha besar Allah tuhan semesta alam. di bawah ini mengenai Asmaul-Husna mau pun nama-nama Allah di rangkum dalam beberapa hal, yaitu:
1. Arti Asmaul-Husna/Nama-Nama Allah
2. Fadhilat/Keutamaan/Kelebihan Asmaul-Husna
3. Doa-doa Yang Makbul/Diterima
4. Tanda-tanda Doa Yang Makbul/Diterima
5. Cara-cara Berdoa
6. KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Dari Abdullah bin 'Amr
r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah
pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a.
bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya
Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan
masuk syurga." Sahih Bukhari.
Arti Asmaul-Husna (Nama
Allah)
Arti Asmaul-Husna (Nama Allah) |
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha
Pemaksa
11. Al-Mutakabbir -
Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha
Pencipta
13. Al-Bari' - Maha
Perancang
14. Al-Musawwir - Maha
Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha
Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha
Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha
Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha
Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha
Pembuka
20. Al-^Alim - Maha
Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha
Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha
Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha
Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha
Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha
Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha
Mendengar
28. Al-Basir - Maha
Melihat
29. Al-Hakam - Maha
Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha
Halusi
32. Al-Khabir - Maha
Waspada
33. Al-Halim - Maha
Penyantun
34. Al-^Azim - Maha
Agong
35. Al-Ghafur - Maha
Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha
Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha
Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha
Besar
39. Al-Hafiz - Maha
Pelindung
40. Al-Muqit - Maha
Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha
Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha
Luhur
43. Al-Karim - Maha
Mulia
44. Ar-Raqib - Maha
Pengawas
45. Al-Mujib - Maha
Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha
Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha
Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha
Pencinta
49. Al-Majid - Maha
Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha
Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha
Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha
Benar
53. Al-Wakil - Maha
Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha
Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha
Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha
Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha
Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha
Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha
Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha
Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha
Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha
Mematikan
63. Al-Hayy - Maha
Hidup
64. Al-Qayyum - Maha
Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha
Menemukan
66. Al-Majid - Maha
Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha
Diminta
69. Al-Qadir - Maha
Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha
Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha
Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir -
Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha
Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha
Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha
Menyatakan
76. Al-Batin - Maha
Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha
Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha
Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha
Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha
Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha
Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha
Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha
Mengasihi
84. Malik Al-Mulk -
Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali
wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan
Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha
Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha
Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha
Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha
Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha
Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha
Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha
Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha
Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha
Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha
Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha
Kekal
97. Al-Warith - Maha
Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha
Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha
Penyabar
Fadhilat/Kelebihan/Keutamaan Asmaul-Husna
Fadhilah/Kelebihan |
(fadhilat ini dipetik
dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan
: Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. "Ya
Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas
solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya
Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati
kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan
hilang dengan izin Allah.
3. "Ya
Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita
akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. "Ya
Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan
mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya
Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong,
iri hari, dengki dll.
6. "Ya
Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani
kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!"
apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala
kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan
yang merosakkan.
8. "Ya
Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah
fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya
'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah,
kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya
Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh
akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya
Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan
bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi
pembantu yg setia.
12."Ya
Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang
ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya
Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit,
dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya
Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,
maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga
Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan
"Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk
berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya
Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah
zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya
Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita
akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang
yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya
Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang
selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam
soal apa pun akan hilang.
18. "Ya
Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat
subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.
Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang
zahir.
19. "Ya Fattah!"
dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan
dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya
'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya
Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya
Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat
dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya
Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah
usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari,
InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya
Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci,
khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga
apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya
Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x,
InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!"
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya
Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang
berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang
akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya
Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita
tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya
Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan
menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik &
hidayah dari Allah.
29. "Ya
Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci,
InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama
& membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya
Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5
waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya
Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah
bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris
& maju.
32. "Ya
Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah
yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya
ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya
Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x
selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam
pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak
akan dicabar atau diungkit-ungkit atau
tergugat.
34. "Ya
'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian
ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin
Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya
Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini
dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya,
InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya
Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan
terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya
'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini
sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam
pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama
kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.
InsyaAllah mujarab.
38. "Ya
Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut
gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah
sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya
Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari
gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya
Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di
dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan
makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat
& segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya
Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan
zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib,
InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya
Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang
terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati
perubahaan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita
akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya
Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat
darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya
Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang
yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar
dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya
Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya &
agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir
ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa
kita.
46. "Ya
Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x
setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat
pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan
menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya
Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini
setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam
menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap
hari.
48. "Ya
Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah
kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi &
rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya
Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua
belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya
Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada,
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya
Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan
setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"!
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya
Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana
tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya
Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila
berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya
Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai
fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh
merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya
Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka
amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan
izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh
orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya
Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah
sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri
kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah
(muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya
Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan
sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60. "Ya
Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya,
amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah
dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya
Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan
diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya
Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya
Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya
Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh
& ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu
Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah
melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya
Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh
& teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya
Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap
hari.
67. "Ya
Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat
ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah
dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. "Ya
Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka
amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan
berhasil.
70. "Ya
Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar
secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga
ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan
hajat kita.
71. "Ya
Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya
Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya
Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya
Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu
bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya
Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di
tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari
segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya
Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah
solat fardhu.
77. "Ya
Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka
oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan
berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir
ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan
berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang
kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya
Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka
hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk
kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya
Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak
melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah
solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. "Ya
'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni
segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya
Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau
sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada
waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul
Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.
InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul
Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama
sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya
Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat
adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya
Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari
dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan
niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari
itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya
Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita
perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya
Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia &
akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat
kita akan tercapai.
90. "Ya
Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu
menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari
orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya
Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan
sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi &
telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi'
"! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya
Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik
kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir
dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya
Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu,
kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah
akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya
Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan
memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya
Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki
tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan
berkat zikir ini.
97. "Ya
Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau
sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada
setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir
ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik
& memberangsangkan.
98. "Ya
Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun
biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,
nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya
Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh
pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
Doa-doa Yang Makbul/Diterima:
Doa-doa Yang Makbul/Diterima |
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang
teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat
baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim
yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang
Makbul/Diterima:
Tanda-tanda Doa Yang Makbul/Diterima |
1. Terasa sesuatu yang
menakutkan.
2. Menangis tatkala
berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
Cara-cara Berdoa |
1. Bersungguh-sungguh
semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya
Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri
kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati
yang lalai.
3. Hendaklah makanan,
minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah
itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan
bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan
sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan
memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar,
hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah
s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa,
bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU
QAYYIM
IBNU QAYYIM |
Di dalam hati manusia
ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia
ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia
ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia
ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan
berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia
ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan
laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga
menemuiNya
Di dalam hati manusia
ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon
kepadaNya.
Kesenantiasaan berzikir
kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada
manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.
Wassalam