Friday, December 19, 2014

Akibat Tidak Sholat

AKIBAT TIDAK SHOLAT

AKIBAT TIDAK SHOLAT
Akibat Tidak Sholat
Yang paling pertama kali di "hisab" oleh Allah bagi hamba-hambanya yang beriman adalah sholat nya, kemudian baru amal-amal yang lain yang harus di per tanggung jawabannya. Jangan sekali-kali meninggalkan sholat semasa hidup, sholat juga kebutuhan jiwa dengan sholat lah kita bisa berkomunikasi sama sang "kholik", di tulisan bawah ini "ikhtibar" bagi orang-orang yang semasa hidupnya tidak sholat.

 Berikut ini merupakan sebuah kisah yang didapat dari SESEORANG ... Insya Allah bermanfaat dan bisa kita jadikan kaca perbandingan hidup. Kisah ini diceritakan oleh seorang "ustaz" yang bertugas memandikan Mayat orang Islam di "hospital". Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku "Ampuan Rahimah", Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. 

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. 

Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mulai bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, Barulah ia berhenti bertukar warna. 

Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. 

Sedang saya Termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorangdiri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. "Ustaz," kata wanita itu. 

"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudahseminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." katawanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Sayatarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anakmak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. 

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali laci nya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang  berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mau menjawab sebaliknya menangis terisak-isak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. 

Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mau beritahu, saya tak mau urus kan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertak-nya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ini memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun. 

Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila mak cik kejutkan dia untuk Bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak mak cik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawabannya itu memeranjatkan saya. 

Teringat saya kepada hadis nabi Bahwa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diabikan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri  Untuk pulang. 

Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin karena perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. 

Melalui nomor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak Jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. 

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, pertuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. 

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. 

Bayangkanlah siksaan yang akan dilalui karena satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun ? Wallahu'alam ... Bila di dunia ada surga, maka itulah kehidupan rumah tangga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Bila di dunia ada neraka, maka itulah kehidupan rumah tangga yang tak selaras & jauh dari agama. Bahagialah mereka yang diamnya berfikir, Memandangnya mengambil pelajaran,  mendengarnya mengambil hikmah, dan dalam tindakannya mengenal indahnya ajaran Islam.