Tuntutan Islam Lengkap Untuk Kita
Apa saja tuntutan islam yang Lengkap tersebut?
Apakah ada Tuntutan Islam lengkap untuk kita?
Bagai mana cara tuntutan islam yang lengkap itu?
pertanyaan-pertanyaan seputar Tuntutan-tuntutan Islam Untuk Kita secara lengkap di atas
merupakan hal-hal yang sangat besar dan luas untuk diperbincangkan, tetapi apa yang
akan kita bentangkan di sini hanyalah sekadar gambaran sahaja yang mana
mudah-mudahan ianya dapat di manfaatkan bersama-sama ke arah kebaikan dan
seterusnya ke arah penghayatan Islam yang sebenarnya di dalam kehidupan sehari-hari. Tuntutan Islam Lengkap untuk kita ini meliputi beberapa hal:
- ISLAM DALAM AQIDAH KITA
- ISLAM DI DALAM IBADAH KITA
- ISLAM DISUDUT AKHLAK DAN KEPERIBADIAN
- ISLAM DI DALAM AHLI DAN KELUARGA
- SENTIASA BERJIHAD MELAWAN HAWANAFSU
- MEYAKINI AKAN KEBENARAN SISTEM ISLAM SELURUHNYA
- WAJIB MENGHALAKAN SELURUH HIDUP UNTUK ISLAM
- BERUSAHA MEMBENTUK JAMAAH DAN MEMBINA DAULAH
Diantara
tuntutan-tuntutan Islam lengkap untuk kita yaitu ;
Pertama: ISLAM DALAM AQIDAH KITA
ISLAM DALAM AQIDAH KITA |
yaitu Aqidah Salimah
Sahihah (Keyakinan Sehat dan Benar) yang bertepatan sebagaimana yang dianjurkan oleh Al Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada
pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur
hidupnya. Kita hendaklah beriman dan mempercayai perkara-perkara yang diimani
dan dipercayai oleh para sahabat nabi SAW, generasai pertama Islam (as
sabiquunal awwaluun) yang telah terbukti kebajikan, ketaqwaan dan kefahaman
mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.
Untuk menjadikan aqidah
kita aqidah yang benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang muslim, perlulah kita
meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah Yang Maha Bijaksana, Maha
Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Kita perlu meyakini
bahawa Allah tidak menciptakan alam ini termasuk semua makhluk yang ada di
dalamnya tanpa sembarang tujuan tertentu ataupun untuk bermain-main.
Kita juga
perlulah meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan
kitabNya adalah untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu
mereka tentang matlamat kewujudan mereka didunia ini dan ke manakah akhirnya
kehidupan mereka kelak. Kita perlu meyakini bahawa matlamat kehidupan manusia
didunia ini ialah untuk mengenal Allah SWT dengan sifat-sifat uluhiah dan
rububiahNya, taat dan mengabdikan diri kepadanya selaras dengan apa yang di
jelaskan dalam firman Allah yang bermaksud;
"dan Aku (Allah
SWT) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu"
Kita juga perlulah
meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat
manakala siksaan yang pedih dan azab api neraka adalah balasan bagi orang-orang
yang kafir. Kita juga perlu yakin bahawa penciptaan dan penggubahan
undang-undang adalah hak mutlak Allah SWT dan ini bererti kita sebagai manusia
tidak boleh melewati dan melanggar undang-undang Allah SWT atau dalam artikata
yang lain membuat dan menggubah undang-undang yang berdasarkan akal fikiran
kita sendiri.
Seterusnya kita
hendaklah mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan
sesuatu yang lain. Hendaklah kita merasa takut kepada Allah semata-mata dan
tidak takut kepada yang selain daripadaNya.
Dan ketakutan kita
kepada Allah seharusnyalah menjadi pendorong untuk kita menjauhkan diri dari
perkara-perkara yang dimurkai dan diharamkan oleh Allah SWT. Kita juga mestilah
sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa juga suasana dan mestilah mencintai
Allah SWT lebih daripada kecintaan terhadap perkara-perkara yang lain.
Firman Allah SWT;
maksudnya;
"Katakanlah jika
bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta
kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiaannya dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada
Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
fasik" (9:24)
Sebelum dan selepas
kita melakukan sesuatu kita perlulah bertawakkal kepada Allah SWT dan kita
bertawakkal ini hendaklah dalam semua urusan dan perkara. Disamping itu
hendaklah kita banyak bersyukur terhadap nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita
dan hendaklah kita sentiasa memohon ampon kepada Allah SWT dan bertaubat
kepadaNya kerana taubat itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan disamping
menjadi penenang hati bagi mereka-mereka yang insaf dan sedar.
Dan akhir sekali
untuk kita memperolehi aqidah yang benar perlulah kita sentiasa di dalam
keadaan bermurakabah terhadap Allah SWT (merasai bahawa Allah melihat,
mendengar dan mengetahui apa yang kita lakukan) baik dalam keadaan terang
ataupun tersembunyi.
Kedua: ISLAM DI DALAM IBADAH KITA. –
ISLAM DI DALAM IBADAH KITA |
Ibadah dalam Islam
adalah merupakan kemuncak kepatuhan dan ketundukan sesaorang hamba kepada Allah
SWT dan kelaimik dari perasaan yang merasakan akan kebesaran Allah sebagai
tempat untuk mengabdikan diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung diantara
makhluk dan penciptanya. Selain daripada ibadah mempunyai kesan-kesan yang
mendalam disudut hubungan antara makhluk dan penciptanya.
Sesungguhnya Islam
menuntut supaya seluruh kehidupan ini hendaklah berjalan di dalam rangka ibadat
dan taat hanya kepada Allah SWT. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah
SWT;
"Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu" (51:56)
Oleh itu untuk
menjadikan ibadah kita keseluruhannya di dalam rangka mengabdikan diri kepada
Allah maka perlulah kita berhubung terus dengan Allah SWT dalam apa jua perkara
yang hendak kita lakukan. Kita sentiasa menghubungkan hati kita dengan Allah
SWT sehingga dapat kita merasakan apa yang disebut sebagai 'Ihsan' yakni kita
melakukan ibadah kepada Allah seolah-olah kita melihatNya dan kalau kita tidak
melihatNya maka kita yakin bahwa Allah melihat apa yang kita perbuat.
Ibadah
yang kita lakukan hendaklah benar-benar khusyuk sehingga dapat kita merasakan
kepanasan hubungan kita dengan Allah SWT dan merasakan akan kepuasan dan
kelezatan dari ibadah yang kita kerjakan itu.
Sewaktu kita melakukan
ibadah hendaklah kita benar-benar menghadirkan diri dan hati kita dihadapan
Allah SWT. Maknanya kita perlulah membebaskan diri kita dari sebarang urusan
dan kepentingan dunia. Inilah yang disebut oleh nabi SAW dalam sepotong hadis
yang bermaksud ;
"Allah tidak akan
melihat Sholat lelaki yang tidak menghadirkan hatinya bersama badannya"
Sehubungan dengan ini
telah disebutkan juga bahawa "Sholat itu merupakan sebahagian daripada
urusan akhirat, apabila kamu masuk ke dalamnya berarti kamu telah keluar dari
dunia".
Diriwayatkan juga bahwa
Hasan Al-Basri pernah berkata,"Setiap Sholat yang dilakukan tanpa
kehadiran hati maka Sholat itu adalah lebih cepat membawa kepada siksaan".
Dalam melakukan ibadah
kita hendaklah merasa tamak yakni tidak cukup dengan apa yang telah kita
lakukan. Kita akan sentiasa berusaha untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT
dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti melakukan qiamul-lail (bangun
sembahyang diwaktu malam) dan sebagainya. Sesungguhnya qiamul-lail adalah
merupakan perkara yang paling kuat yang dapat memelihara iman kita. Firman Allah
SWT dalam Surah Al-Muzammil ayat 6 ; maksudnya;
"Sesungguhnya
bangun diwaktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan diwaktu itu
adalah lebih berkesan"
Kita juga haruslah
menentukan masa-masa tertentu untuk membaca dan mengamati Al-Quran terutamanya
diwaktu fajar kerana bacaan diwaktu itu adalah disaksikan oleh para malaikat.
Seterusnya apabila kita membaca Al-Quran hendaklah dengan penuh tadabbur (penuh
perhatian), kita berfikir untuk memahamkan isi kandungannya dan kalau boleh
jiwa kita hendaklah merasa sensitif disamping merasa dukacita kerana Rasulullah
SAW pernah bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya
Al-Quran itu di turunkan dengan dukacita, oleh itu apabila kamu membacanya
hendaklah kamu merasa dukacita".
Selain daripada itu
kita juga hendaklah tidak lupa berdoa kepada Allah SWT di dalam apa jua urusan
dan perkara yang hendak kita kerjakan kerana doa adalah otak bagi segala
ibadat. Dan dalam melakukan doa ini pula hendaklah kita memilih doa-doa yang
maasur yakni doa-doa yang telah diwariskan kepada kita oleh Rasulullah SAW yang
kita yakini akan dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya yang
bermaksud;
"Mintalah padaKu,
niscaya akan Ku perkenankan (permintaan)mu".
Ketiga: ISLAM DISUDUT AKHLAK DAN KEPERIBADIAN.-
ISLAM DISUDUT AKHLAK DAN KEPERIBADIAN |
Akhlak yang mulia adalah
merupakan matlamat asasi bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan oleh
Rasulullah SAW dalam hadisnya yang
bermaksud;
"Sesungguhnya aku
diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
Akhlak yang mulia juga
merupakan natijah dan tanda dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman
yang tidak disertai oleh akhlak yang mulia. Pernah Rasulullah SAW ditanya oleh
seorang sahabat,"Apakah deen itu?". Lantas baginda menjawab dengan
sabdanya,"(Deen itu) adalah akhlak yang baik".
Akhlak juga merupakan
amal yang paling berat yang akan diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat
kelak. Maka sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan
dipercepatkan hisabnya. Dalam Islam akhlak adalah merupakan intipati bagi
segala ibadat. Tanpa akhlak ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak-laku
yang tidak mempunyai apa-apa nilai dan faedah. Berhubung dengan Sholat
umpamanya, Allah telah berfirman yang bermaksud;
"Sesungguhnya
Sholat itu mencegah daripada perkara jahat dan mungkar". ( 29 : 45 ).
Daripada ayat ini
dapatlah kita fahami bahawa sesaorang yang mendirikan Sholat sudah tentulah
tidak melakukan perkara-perkara fasad dan mungkar yang mana ini akan
meletakkannya sebagai seorang yang memiliki keperibadian Islam yang sebenar dan
berakhlak mulia. Tetapi sebaliknya kalau kita lihat pada realiti yang berlaku
hari ini ada sebahagian umat Islam yang mendirikan Sholat tetapi tidak mendapat
apa-apa nilai dan faedah disisi Allah sedikitpun kerana Sholat mereka bukan
untuk melahirkan akhlak yang mulia serta meninggalkan perkara-perkara yang
mungkar sebaliknya Sholat mereka itu hanyalah sekadar akan menutupi kederhakaan
mereka terhadap Allah SWT daripada mata masyarakat.
Jadi inilah waki' (satu
kenyataan) yang berlaku dalam kebanyakan masyarakat Islam pada hari ini yang
memerlukan kepada proses pembersihan dan pengislahan yang bukan sedikit.
Pembersihan dan
pengislahan ini tidak akan terlaksana kecuali dengan mereka kembali menghiaskan
diri merekadengan sifat-sifat ataupun Syaksiah Islam yang sebenarnya bermula
dengan menanggal dan menukarkan sifat akhlak yang tercela kepada sifat dan
akhlak yang terpuji dan mulia.
Dan di antara sifat atau akhlak yang mulia
itu ialah
- bersifat wara',
- sentiasa menundukkan pandangan dari perkara-perkara yang haram,
- memelihara lidah dari berkata-kata tentang perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membawa kepada dosa,
- bersifat malu sekiranya tidak melaksanakan perintah Allah bukan kepada manusia malah yang lebih utama untuk rasa malu kepada Allah SWT,
- lemah-lembut dan penyabar,
- bersifat benar,
- amanah dan jujur,
- tawaduk (merendah terutamanya kepada orang-orang yang beriman, menjauhi perbuatan buruk sangka, mengumpat dan bersifat pemurah dan lain-lain lagi.
Keempat: ISLAM DI DALAM AHLI DAN KELUARGA. –
ISLAM DISUDUT AKHLAK DAN KEPERIBADIAN |
Apabila kita mengakui
memeluk agama Islam, pengakuan ini mewajibkan kita mendukung sebuah risalah
dalam hidup ini malah menjadikan seluruh hidup kita ini adalah untuk tunduk dan
patuh kepada arahan risalah tersebut.
Kalau tadi Islam
menuntut ke atas kita supaya muslim disudut aqidah, ibadah dan akhlak maka kali
ini ianya menuntut pula agar kita bekerja bersungguh-sungguh untuk merubah
masyarakat di mana kita berada supaya menjadi masyarakat Islam ataupun mukmin
yang sebenarnya.
Tidaklah memadai dengan kita menjadi muslim seorang diri
sahaja tanpa mengambil berat tentang orang-orang yang ada disekeliling kita.
Ini adalah kerana diantara kesan-kesan yang ditiupkan oleh Islam dan
diresapkannya dalam hati sesaorang yang telah beriman ialah rasa mas'uliah
(perasaan bertanggungjawab) terhadap orang yakni untuk menyeru dan menasihati
mereka agar kembali kepangkuan Allah SWT dengan menghayati Islam yang syumul
dan menyeluruh yang bersih daripada suasana campur-aduk.
Ini bermakna kita
dikehendaki mengambil tahu akan realiti
umat Islam yang ada disekeliling kita disamping mengajak mereka untuk
bersama-sama menterjemahkan ajaran Islam ini di dalam realiti kehidupan.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
"Barang siapa yang
tidur dan tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan
orang-orang Islam, maka dia bukanlah golongan mereka (golongan orang-orang
Islam)".
Bertolak dari keadaan
ini bermakna kita telah mempunyai satu tanggungjawab yang baru, iaitu
tanggungjawab untuk menegakkan sebuah Masyarakat Islam dan tanggungjawab untuk
menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Jadi langkah pertama
kita ke arah itu ialah dengan kita membentuk rumahtangga kita terlebih dahulu
agar menjadi sebuah Rumahtangga Muslim. Kita bertanggungjawab untuk menegakkan
Islam ini terlebih dahulu di dalam masyarakat rumahtangga yakni keluarga kita
yang kecil itu. Kita sampaikan Islam kepada mereka, ibu-bapa kita adik-beradik,
saudara-saudara kita dan anak-isteri kita (bagi yang sudah berkahwin) yang mana
inilah cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW diperingkat permulaan
dakwah.
Tugas dan tanggungjawab kita sebagai muslim tidaklah terhad hanya cukup
sekadar kita menjadi muslim tetapi ianya adalah lebih daripada itu. Maknanya di
sini sesudah kita menunaikan tanggungjawab terhadap diri kita maka kita
bertanggungjawab pula menyebarkan Islam ini di dalam keluarga, rumah dan
anak-anak kita.
Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim ayat 66
yang bermaksud;
"Wahai orang-orang
yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka".
Untuk membantu
usaha-usaha kita agar dapat memenuhi tuntutan Islam di dalam rumahtangga dan
keluarga maka Islam telah menunjukkan kepada kita wasilah ataupun jalan-jalan
yang insya Allah akan menyampaikan kita kepada tuntutan tersebut. Diantaranya
ialah apabila kita hendak mendirikan rumahtangga maka hendaklah terlebih dahulu
ianya di niatkan kerana Allah SWT.
Kita berkahwin bukan untuk
berseronok-seronok tetapi dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga Muslim
yang bakal melahirkan keturunan yang soleh yang sanggup memikul amanah dan
meneruskan risalah Islam yang telah ditinggalkan kepada kita oleh Ar-Rasul
Muhammad SAW.
Selain daripada itu
kita berkahwin adalah dengan tujuan supaya dapat menjaga pandangan dan
kehormatan kita agar dengan itu membolehkan kita untuk lebih bertaqwa kepada
Allah SWT. Dalam hubungan ini Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya;
"Allah SWT berhak
menolong tiga golongan ; orang yang berjihad
pada jalan Allah SWT, hamba
mukatab yang ingin
membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan
untuk dapat memelihara kehormatan dirinya".
"Sesiapa yang
berkahwin berarti beliau telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya dan
hendaklah beliau bertaqwa kepada Allah SWT pada sebahagian yang lain yang masih
belum disempurnakan".
Isteri ataupun bakal
suami yang akan dijadikan rekan perkongsian hidup kita mestilah yang mempunyai
akhlak dan berpegang teguh dengan agama. Maknanya disini bakal isteri ataupun
suami yang hendak dikahwini mestilah yang mempunyai deen, sekalipun tidak
mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain.
Dalam hal ini
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya;"Janganlah kamu mengahwini
perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan
mereka hina. Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana
boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi
kahwinilah mereka kerana agamanya".
Apabila kita telah mendirikan
rumahtangga perkara utama yang perlu dijaga oleh kedua suami-isteri ialah
menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan syara' serta
berusaha menjauhi kemurkaan dan azab Allah SWT. Ini adalah kerana setelah
berumahtangga kita mempunyai satu tanggungjawab lain yakni tanggungjawab untuk
mendidik anak-anak sekirannya dikurnia oleh Allah SWT cahaya mata yang mana
tanggungjawab ini tentulah tidak akan dapat kita laksanakan dengan baik
melainkan dengan jalan kita menjauhkan diri dari perkara-perkara yang ditegah
dan melaksanakan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Apabila
perkara ini dapat kita pelihara dengan baik dan berjalan dalam suasana
rumahtangga kita maka insyaAllah akan lahirlah di dalam rumahtangga kita itu
hubungan kasih sayang yang kerdasarkan aqidah serta persefahaman di dalam
pemikiran,jiwa dan perasaan.
Pada hakikatnya
kejayaan di dalam perkahwinan kita adalah bergantung kepada sejauhmana kita
mampu memelihara perkara-perkara yang syara',menghayati ajaran Islam dalam
ertikata yang menyeluruh serta menunaikan tanggungjawab di dalam rumahtangga
yang mana termasuklah di dalamnya tanggungjawab mendidik anak-anak dengan
pendidikan Islam yang sebenarnya. Anak-anak itu sebagaimana sabda Rasulullah
SAW , dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci bersih).
Jadi kitalah, kedua
ibubapanya yang akan mencorakkan anak tersebut samada dengan corak yang baik
ataupun sebaliknyaApabila anak-anak mendapat tarbiah(didikan) yang baik maka
insyaAllah dia akan menjadi anak yang soleh,
tetapi seandainya dia tidak diberikan tarbiah yang betul maka akan
berlakulah sebagaimana yang boleh kita lihat pada hari ini dimana anak-anak
tidak menghormati kedua ibubapanya malah ada yang apabila dewasa tidak langsung
menghiraukan kedua ibu-bapanya.
Oleh kerana itu Islam
amat memandang berat terhadap aspek pendidikan anak-anak dan amat berharap agar
kedua ibu-bapa dapat menyediakan segala bentuk, sebab-sebab, jalan-jalan dan
juga suasana yang boleh membawa kepada keberkesanan tarbiah yang baik terhadap
anak-anak mereka.
Perlulah dirasai bahawa kewajipan untuk mendidik anak-anak
ini sebenarnya adalah merupakan satu kewajipan yang amat besar nilainya disisi
Allah SWT jika ianya dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan rasa
tanggungjawab. Sabda Rasulullah SAW yang
maksudnya;"Mendidik anak-anak adalah lebih baik bagi sesaorang itu
daripada bersedekah secupak"
"Apabila seorang
anak Adam itu meninggal maka terputus semua amalan-nya kecuali tiga perkara;
Sadakah Jariah, Ilmu Yang Memberi Manfaat dan Anak Yang Soleh Yang Berdoa
Untuk-Nya".
Kelima: SENTIASA BERJIHAD MELAWAN HAWANAFSU.
SENTIASA BERJIHAD MELAWAN HAWANAFSU |
Setiap Muslim perlulah
berusaha untuk membebaskan dirinya dari bertuhankan hawanafsu kerana Allah
telah mengingatkan kita di-dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Sesungguhnya
nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan".
(Yusuf : 53)
"Dan janganlah
kamu turuti hawanafsu kerana nanti ia akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah".
(Shad : 26)
Jadi jelaslah kepada
kita bahawa menuruti atau bertuhankan hawanafsu adalah penyebab kepada segala
kejahatan yang akan menyesatkan manusia dari jalan yang haq.
Oleh yang demikian kita
sebagai Muslim Mukmin hendaklah mengutamakan jihad terhadap hawanafsu terlebih
dahulu sebelum daripada berjihad terhadap perkara-perkara yang lain. Sabda
Rasulullah SAW; maksudnya;
"Seutama-utama
jihad ialah jihad orang yang berjihad terhadap hawanafsu-nya dalam mentaati
Allah Azzawajalla".
Jihad terhadap
hawanafsu merupakan jalan yang paling baik untuk menghindarkan sesaorang
daripada melakukan kejahatan dan juga perkara-perkara yang ditegah oleh Allah
SWT. Namun demikian sebagai manusia kita juga tidak sunyi daripada melakukan
dosa dan kesalahan. Dan hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam
sepotong hadis yang bermaksud;
"Tiap-tiap anak Adam itu (manusia),akan
melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka
yang segera bertaubat kepada Allah SWT".
Jadi orang-orang mukmin apabila dia melakukan
kesalahan maka dia akan segera bertaubat dan memohon ampon kepada Allah SWT.
Mereka ingat kepada Allah SWT dan menyedari akan hakikat bahawa hanya Allahlah
sahaja yang dapat mengamponkan dosa dan kesalahan mereka. Sikap mukmin yang
demikian telahpun digambarkan di dalam Al-Quran; Surah Ali-Imran :135, maksudnya;
"Dan orang-orang
yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri,
mereka ingat akan Allah SWT lalu memohon ampon terhadap dosa-dosa mereka Dan
siapakah lagi yang dapat mengamponkan dosa selain daripada Allah? Dan mereka
tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui".
Keenam: MEYAKINI AKAN KEBENARAN SISTEM ISLAM
SELURUHNYA.
MEYAKINI AKAN KEBENARAN SISTEM ISLAM SELURUHNYA |
Setiap muslim perlulah
mengetahui bahawa hanya Islamlah sahaja satu-satunya sistem yang sesuai dengan
fitrah kejadian manusia ciptaan Allah SWT ini. Allah yang menjadikan
manusia(kita semua) maka Dialah yang lebih mengetahui tentang sistem 0hidup
yang sesuai bagi kehidupan manusia. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Mulk
ayat 14 yang bermaksud;
"Apakah Allah yang
menciptakan itu tidak mengetahui?, dan
Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui".
Ketujuh: WAJIB MENGHALAKAN SELURUH HIDUP UNTUK
ISLAM.
WAJIB MENGHALAKAN SELURUH HIDUP UNTUK ISLAM |
Kita hendaklah bekerja
kearah membina kehidupan Islam yang mana semua itu adalah dalam rangka untuk
kita mencapai matlamat hidup yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu
Kedelapan: BERUSAHA MEMBENTUK JAMAAH DAN MEMBINA
DAULAH
BERUSAHA MEMBENTUK JAMAAH DAN MEMBINA DAULAH |
yang menjalankan
syariat Allah dan menegakkan hukum-hukum Allah SWT. Sebarang kecuaian kita di
dalam usaha-usaha ini ataupun kita meninggalkan usaha-usaha ini adalah dikira
berdosa dan dimasukkan oleh Allah dalam golongan orang-orang yang kafir, zalim
dan fasiq. FirmanNya di dalam Al-Quran Surah Al-Maidah ayat 44,45 dan 47 yang
maksudnya secara ringkas berbunyi;
"Barangsiapa
yang tidak berhukum
dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT, maka mereka itulah orang-orang yang kafir,zalim dan fasiq Wallahu A'lam.