AWAN MENGIKUTI ORANG YANG BERTAUBAT |
Mendengar
jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar
hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu
berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."
Dia
pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian
bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan
berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka
berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah
di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal
itu sampai dia tiba di rumahnya.
Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini.
Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya
juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan
terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu
berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."