BALASAN MENINGGALKAN SOLAT |
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan
Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah
orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali
dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para
sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah
S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila
mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda
itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu
dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian
Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang
yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah
S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang
lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain
kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada
seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk
membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak
berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah
melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.