BANGUNAN YANG TIDAK RUSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI |
Hampir seluruh orang yang ditanyai
tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya
bahawa kota itu
mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan
untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya
raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan
mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya
tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak
selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu."
Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya,"
jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan
segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi
ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang
sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke
jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan
kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.